Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan.

Pengembaraaan kawasan Kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnye dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.

Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia.

Kelip Kelip dan Pohon Berembang

Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis 'Pteroptyx tener' adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.

Pokok Berembang atau 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.

Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Semenyih yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:

 

Bukit Broga

brogahill

SEMENYIH: Bukit Broga yang terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Negeri Sembilan, adalah lokasi tumpuan para pendaki selain menjadi kawasan riadah keluarga terutama pada hujung minggu.

Berdekatan dengan bandar Semenyih, Bukit Broga mempunyai tiga puncak berketinggian sehingga 400 meter dari paras laut, ketinggian yang dianggap sederhana menjadikannya popular sebagai destinasi bagi mereka yang meminati aktiviti pendakian.

Dilaporkan pada 2017 Kerajaan Negeri Selangor mewartakan Bukit Broga sebagai kawasan rekreasi seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Bagi mereka yang pertama kali mendaki Bukit Broga mungkin merasakan laluan ke puncak bukit tersebut agak sukar namun bagi yang berpengalaman dalam aktiviti pendakian, ia merupakan antara bukit yang paling mudah untuk ditawan.

 

Pusat Burung Unta (Ostriches Wonderland)

Bercakap tentang Ostrich Wonderland, pasti anda dapat mengagak bahawa lokasi percutian ini pastinya menyajikan mata anda dengan haiwan-haiwan yang bernama ostrich atau burung unta ini.  Ostrich Wonderland adalah sebuah ladang penternakan burung unta yang terletak di Semenyih, ia berdekatan dengan Jalan Sungai Lalang dan Sungai Tekala.

Anda bukan sahaja dapat melihat burung ostrich tetapi dapat bersantai sambil melihat haiwan lain seperti ayam, keldai, monyet, kuda, kambing dan banyak lagi binatang ternakan. Ostrich Wonderland bukanlah seperti zoo dimana anda boleh melihat dari jauh, tetapi Ostrich Wonderland juga merupakan tempat dimana anda sendiri boleh memegang haiwan-haiwan ternakan tersebut.  Seronokkan? Pasti anda dan keluarga tidak bosan mengunjungi Ostrich Wonderland.

 

Eco Majestic dan Eco Forest

Eco Majestic dan Eco Forest adalah kawasan yang terletak di dalam Eco World dan berkonsepkan taman landskap yang dihasilkan dengan tema berbeza.  Setibanya di Eco Majestic, anda akan terasa seperti berada di negara lain ala-ala kota London, Amsterdam, Shanghai, Paris, Jepun dan macam-macam lagi kerana landskap serta reka bentuk replika yang dihasilkan adalah sama seperti bangunan dan pemandangan di sana.  Sebagai contoh, terdapat replika seakan-akan Eiffel Tower serta banyak lagi replika lain yang diutarakan disini seolah-olah menjadikan seperti kita berada di luar negara.

 

Tidak kurang pula dengan Eco Forest, anda akan menikmati taman semulajadi yang mempunyai pelbagai tarikan menarik seperti tasik, rumah dan landskap taman yang cantik, haiwan replika seperti beruang, panda dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda, Eco Forest ini juga mempunyai sales gallery bagi sesiapa yang berminat untuk membeli properties.

 

Sungai Tekala

Sungai Tekala adalah tempat menarik di Semenyih untuk percutian anda yang inginkan ketenangan. Anda yang sukakan kejadian alam semulajadi flora dan fauna wajib bercuti di Sungai Tekala, Semenyih kerana terdapat hutan lipur dan air terjun disini.  Anda boleh bermandi-manda dengan air terjun yang dingin, sejuk dan bersih, malah ia selamat untuk anak-anak anda kerana sungai Tekala mempunyai ruangan yang cetek dan juga sedikit dalam.

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang disediakan bagi memudahkan anda bercuti di Sungai Tekala seperti tandas, bilik persalinan, kerusi, pondok, surau dan parking. Anda juga boleh mendapatkan tapak perkhemahan disini untuk berkhemah dan melakukan aktiviti luar.

 

Lady Bird (Organic Farm)

LadyBird Organic Farm adalah sebuah taman organik yang terkenal dengan penanaman sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan. Ia seolah-olah kebun semulajadi yang mempunyai pelbagai jenis sayur yang boleh anda beli terus dari sini untuk kegunaan masakan anda atau supply ke mana-mana tempat. Pihak LadyBird Organic Farm juga menyediakan perkhidmatan penghantaran sayur ke rumah anda yang berdekatan dengan Jalan Broga, Semenyih.

LadyBird Organic Farm kerap kali mengadakan tawaran promosi sayur-sayuran untuk pengunjung yang berkunjung ke sini dan juga mereka yang mengikuti mereka di laman sosial. Anda boleh melawat kawasan kebun organik ini bagi melihat keindahan semulajadi berasaskan tanaman dan terdapat ladybird di sekitar kebun ini.

EMPANGAN SEMENYIH

Semenyih Dam adalah sebuah empangan yang terletak di Semenyih bersempadan dengan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Lokasi strategik menjadikan ia dibina di kawasan Hulu Semenyih selain daripada memudahkan bekalan air menjadi lebih lancar kerana lebih dekat dengan Kuala Lumpur.  

Ramai yang menjadikan Semenyih Dam ini sebagai tempat memancing kerana terletak berdekatan dengan jalan raya namun, dengar khabarnya kawasan ini sudah menjadi kawasan larangan memancing sekarang. Tiada masalah untuk anda ke sini, anda boleh menikmati pemandangan yang cantik dan indah dengan air empangan yang luas dan besar. Kadang-kadang anda akan mendengar bunyi ikan melompat-lompat di empangan Semenyih ini.

Dinosour Kingdom, Setia Ecohill

Salah satu tempat menarik di Semenyih yang sesuai untuk percutian anda adalah Dinosour Kingdom, Setia Ecohill.  Anda akan bertemu dengan lebih dari 20 ekor animatronic dinosour yang seakan-akan hidup dan berlegar-legar di ruang Setia Ecohill ini.  Terdapat permainan yang menarik untuk kanak-kanak untuk anak anda sertai.

Antara permainan yang menjadi perhatian ramai anak-anak di Dinosour Kingdom, Setia Ecohill ini adalah Racing Raptor. Anak anda boleh menaiki dinosour pilihan mereka dan memasukkan token, ia akan bergerak setempat seperti permainan di mall atau supermarket yang kekal setempat.


(Sumber : Laman Web ammboi.my : Tempat Menarik Di Semenyih Untuk Percutian Anda)