Syarikat Nanie Dessert House Enterprise yang diasaskan oleh Puan Rusenani Binti Ismail bersama dengan suaminya. - mula berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menjual kek - kek mini. sebelum bermulanya Nanie Deseert House. Beliau menyewa kedai di Mini di Bandar Tasik Kesuma Fasa 4, dengan jualan agak rendah oleh kerana dan pandemik covid muncul dan pelanggan berkurangan faktor bangunan kedai yang tidak startergik pada ketika itu. Beliau telah berpindah dan memulakan balik perniagaan dengan cara yang baru di rumahnya sendiri. Oleh itu beliau terus memfokuskan perniagaan berasaskan kek dan telah membuat cookies dan dessert produk baru baginya. Oleh itu nama Nanie Dessert House ditubuhkan bersempena dengan perniagaan dijalankan dirumahnya.

photo 2022-09-05 17-20-23

 

 

 


 

 

PERUSAHAAN IKS (MAKANAN) 

Terdapat ramai peniaga yang berniaga di sekitar Bandar Tasik Kesuma Fasa 7, salah sorang peniaga atau dikenali sebagai usahawan tempatan yang di bawah penggunaan kemudahan PEDi Bandar Tasik Kesuma Fasa 7 adalah Puan Rusenani Bt Ismail. Beliau telah memulakan perniagaan ini kira-kira 5 tahun yang lalu bermodalkan kira-kira RM 5,000.

Pembuatan pelbagai aneka kek, makanan ringan pencuci mulut, kuih muih serta biskut amat disukai oleh beliau kerana rajin membuat pelabagai aneka tersebut sejak dari kecil. Beliau merupakan salah seorang usahawan wanita yang berjaya di kawasan ini oleh kerana mempunyai produk sendiri serta kedai bertapak di rumah sendiri, 3 pekerja yang di bawahnya, 2 orang membantunya dalam menghasilkan produk dan salah seorang lagi membuat penghantaran rumah ke rumah jika ada pembelian dan pesanan dari pelanggan.

Rata - rata pelanggannya amat berpuas hati dengan produknya. Kebanyakkan yang datang membeli pasti akan datang membeli lagi dan pelanggan tetap ini amat gemar membeli produk Nanie Dessert House oleh kerana rasa yang sama tidak berubah oleh kerana Puan Rusenani sendiri yang menghasilkan produknya dan salah satu sebab lagi adalah harga produk Puan Rusenani serendah RM 5 sahaja ke Rm 75 mengikut kuantiti dan kos selepas jualan.

Hasil kerja keras, beliau mampu memperolehi pendapatan kasar sehingga RM15,000 sebulan. Berikut adalah gambar-gambar produknya:

photo 2022-09-05 17-22-44

photo 2022-09-05 17-22-48

photo 2022-09-05 17-22-55

photo 2022-09-05 17-22-52

photo 2022-09-05 17-22-57

photo 2022-09-05 17-23-00

photo 2022-09-05 17-23-03