Bandar Tasik Kesuma FASA 7 terletak di Beranang, Daerah Hulu Langat dan berhampiran dengan Semenyih merupakan pekan paling hampir dengan Bandar Semenyih. Penduduknya mendapat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan seperti kesihatan, perbankan dan keperluan harian di pekan yang jaraknya kira-kira 5 kilometer. Kemudahan jalanraya berturap memudahkan lagi pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyelesaikan pelbagai urusan dan mendapatkan keperluan harian.

Peranan KESATUAN RUMAH TANGGA PERPADUAN (KRT) BANDAR TASIK KESUMA FASA 7 adalah untuk memajukan dan menjaga hal ehwal keselamatan penduduk perumahan ini. Organisasi seperti ini juga menjadi tunggak utama penyumbang kepada pembangunan di kawasan setempat. Hal ini kerana, ianya bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai penasihat bagi penduduk kampung yang menghadapi masalah, malah turut juga memainkan peranan untuk menyampaikan kepada kerajaan yang memerintah tentang keperluan awam serta keselesaan penduduk.