Kemudahan awam yang terdapat di Bandar Tasik Kesuma Fasa 7 boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dataran usahawan, surau dan masjid turut terdapat di Bandar Tasik Kesuma Fasa 7.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Semenyih dan Pekan Beranang.

MKRT1

 

MKRT2

 

MKRT3

PUSAT RUKUN TETANGGA, TABIKA PERPADUAN DAN MASJID BANDAR TASIK KESUMA FASA 7