Setiap perkara yang anda cari dalam talian seperti muat turun gambar atau video akan meninggalkan jejak yang lebih besar daripada yang anda fikirkan!
Jejak digital tersebut tersimpan dalam memori peranti anda dan lama-kelamaan menyebabkan peranti anda tidak dapat berfungsi dengan baik (lagging). Akhirnya, peranti ini akan dibuang sebagai e-waste. 🌍

May be an image of text that says "KITOR R PR:aTI LATA,Kalaa0 MCMC 포도 W 7グ 10 Bagaimana jejak digital memberi kesan kepada e-waste? 0 Bahan toksik daripada e-waste akan menyebabkan pencemaran kepada tanah dan air SOIT Program ini diperakui oleh"

 

Selamat menyambut Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 kepada setiap insan yang bergelar pendidik.
Jasa dan pengorbanan guru mendidik insan tiada galang ganti.
"Guru jauhari digital, aspirasi negara MADANI"

 

436293049 852701820218261 8344242584507835297 n

INPENS INTERNATIONAL COLLEGE

 DSC0370

INPENS singkatan bagi Industri Pendidikan Negeri Selangor (Industri Pendidikan Selangor), INPENS International College adalah pembelajaran institusi tinggi swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kolej ditubuhkan pada 19 September 1993 dan kini terletak di Kuala Selangor. Kolej semasa telah dilengkapi dengan infrastruktur terkini bagi kemudahan pembelajaran. Jarak perjalanan dari Kampung Parit Mahang ke Kolej ialah sejauh 25km.

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT KUCHING TENGAH, BUKIT KUCHING

 DSC0531

Merupakan sekolah menengah yang paling hampir dengan Kampung Parit Mahang iaitu dengan jarak 6km.

 

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT MAHANG dan SEKOLAH AGAMA RENDAH NURUL HUDA, KAMPUNG PARIT MAHANG

 DSC0479  DSC0477

Terdapat dua buah sekolah di Kampung Parit Mahang iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Mahang dan Sekolah Agama Rendah Nurul Huda. Kedua-dua buah sekolah ini terletak bersebelahan diantara satu sama lain dengan anggaran murid seramai 476 orang.

 

TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK

 DSC0467  DSC0466

Tabika Kemas Nurul Huda dan Tabika Kemas Nurul Husna dengan anggara pelajar seramai 51 orang.