USAHAWAN KECIL HARTANAH

Nama : Rusenani binti Ismail
Umur : 44 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Puan Rusenani usahawan kecil menjual variasi makanan di Bandar Tasik Kesuma Fasa 7.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Rusenani merupakan usahawan kecil yang mempunyai sebuah kedai rumah di rumah belia sendiri di Bandar Tasik Kesuma Fasa 7. Tempat pengoperasian perniagaan beliau di rumah sendiri yang telah diubahsuai menjadi kedai rumah.  Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan perniagaan beliau melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PEDi bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial seperti Facebook dan Tiktok dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PEDi Bandar Tasik Kesuma, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian yang menyebabkan pendapatannya meningkat saban tahun.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Hairunnisah tetap berkunjung ke PEDi bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya dalam perniagaan.

 photo 2022-09-05 17-20-23