BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Syamil Bin Awang
Umur : 51 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

En. Syamil adalah pengunjung yang sering berkunjung ke pejabat daerah bagi urusan tertentu oleh kerana anak beliau sering menggunakan PEDi Bandar Tasik Kesuma. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan menguruskan perniagaan beliau dan menyebabkan dan mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau mempunyai banyak waktu terluang di pejabat apabila berurusan di pejabat ini. Pada waktu tersebut beliau dijemput ke PEDi Bandar Tasik Kesuma bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat PEDi

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di PEDi, En. Syamil tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PEDi. Beliau sering menggunakan perkhidmatan PEDi seperti perkhidmatan menaip dan sunting gambar untuk kegunaan kemas kini perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PEDi. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PEDi, En Syamil telah mahir dalam menyunting gambar serta sering menggunakan perkhidmatan mencetak PEDi untuk kegunaan perniagaan beliau.